Saturday, March 26, 2011

alkisah-jiwa

assalamualaikum wbt
teman mahu kongsi satu bait kiasan tentang perihal dunia ini



 Alihkan matamu ke laut..airnya cantik membiru dan penuh ketenangan, tetapi hanya Allah saja yg tahu rahsia di dalamnya.


Jika kau rasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya tetap mngalir biarpun berjuta batu menghalang..



Jika kau rasa sedih, pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bsamamu..


Begitulah dengan kehidupan manusia, 
riang ketawa.
tetapi hanya Allah yang tahu rahsia khidupannya..


sama2xlah kita bermuhasabah
moga antara kita ada yg menjadi terbaik disisi Yang Maha Esa..
insyallah  

Monday, March 21, 2011

alkisah fuut - murni ss2

kali ni ak nk cite pasal makan2x plak....dah lame lak rase tak menulis entry ttg fuut ni so nk dijadikan cerita aritu teman dan classmate gi satu tmpt mkn yg rasenye sgt popular bg korang....restoran MURNI kt ss2...
actually ni last week punya cerita, lambat post dek kerana ujian dunia yg mendatang...haha 
so tak guna cerita byk kt bawah ni gambar yg ak snap time mkn kt situ...


kita start ngn minuman kt murni ni jus 3 layer special dia....mmg sgt nikmat plus terangkat.....
yg putih belakang tu jus yg ak order..jus pisang..ni pun sgt lazat utk dinikmati...(wah cm iklan)


ok ni menu first..sbb ape first sbb ni yg smpai dulu...hehe...ni nasi goreng kg special...mmg sedap..tp sekali suap jer mulut dh rasa mendidih...pedas banget sih..


ni plak nasi goreng chicken chop...bru ni ak pnah jumpe menu nie.......rase mcm nk tukar order bile ak tengok memandangkn order tak smpai2x lg...


haa ni name dia kalo tak silap perut naga @ roti naga kot....tapi ak rse mcm perut naga pecah jer...haa yg ni nk habaq mmg besh ...actually dia roti nan, tp balut jd mcm perut naga n inti dia chicken slice, daging panggang n plg sedap yg membuatkan rsa dia terangkat bile di ngap ialah mozarella cheese(rase ak lah) dlm inti nie....meleleh2x dah bile tgk....


dan lastly my menu yg dinanti2xkan sekian lama.....MEE RAJA!!!.....tgk portion size dia..mmg besar bin penuh dgn awas2x(bahan2x mcm ayam,udang,daging etc)......terbaik lah teman kabokan...
p/s: tp time ni dpt mkn skit jer..sbb ape..ade lah...haha


 dan last but not least.....ni jer yg berjaya tinggal....bontot naga dari menu perut naga tdi.....haha


haa dah mkn + kenyang + perut membolat....
maka tersenyum moleklah mereka2x ini.....
(dari kiri syl, amin and che...).

ade membe tnye ak,kalo popular mest slalu sesak kan? ,toksah tanye mmg sesak gile..tgk dlm gmbar nie


tambah lak mlm minggu......tp jgn risau...sbb ape, menariknya dgn restoran ni...lepas jer kedai2x sebelah dia tutup...dia akn buka meja sepanjang2x kedai....mmg pnjng habaq hg...so korang just tggu pekerja dia angkut meja utk korang je...bkn sbb korang tggu org habis mkn...cuma ak tak dpt nk snap gmbr sbb ujan..risau gak kut kamera ni wat hal mcm aritu....
dan satu lgi yg menarik perhatian ak...dia punya pekerja....korang bayangkan dia boleh hafal smua menu yg pelanggan mintak dgn hanya mengingat...tak yah nk tulis2x...ade satu family teman perati  dok 3 meja n then ade satu pelayan yg jg n tambah wat ak kagum,,dia leh ingt tanpa wat silap sape yg order mkn n minum....gila ahhh....cmne dia leh hapal ntah....tabik spring ak kasi..ni kalo amik subject mengapal cnfrm dpt A+....hahah...


dan lepas abis mkn ktrg terus bergegas gi cathay..nk tgk merong mahawangsa..overall teman kasi 3 bintang je kt film ni....CGI dia mmg cntik tp lakonan kureng sket.....haha melalut lak..ni entry pasal mkan
..soal halal..jgn risau..restoran ni ade perakuan dari jakim n boleh check kt web jakim utk kepastian..
so kpd sape2x nk tau pasal murni lgi..sini ade teman sertakan link utk blog2x yg ade wat entry pasal murni ni.....

selamat mencoba sesuatu yg baru.....
wassalam

Saturday, March 12, 2011

alkisah jodoh-mencari atau menunggu


tiba tiba teman terminat pada satu artikel ttg soal jodoh ini...mungkin sbb artikel ni sendiri dah menjawap persoalan yg selama ini membelenggu hidup teman..iaitu soal jodoh
-mencari atau menunggu?-
(artikel dtulis hariz khair ad dein)
 Soal jodoh ini bukan suatu soal yang boleh diremeh-remehkan sebenarnya. Saya kira, hampir setiap dari manusia itu akan melalui satu tahap di mana mereka akan mula memikirkan tentang persoalan jodoh.
Ramai yang keliru
Jika kita lihat pada masyarakat sekeliling kita hari ini, dapat kita simpulkan bahawa ramai yang keliru berkenaan persoalan jodoh.
Sejak di bangku sekolah lagi kita dapat melihat remaja-remaja kita ramai yang sudah mula 'mencari' jodoh mereka. Untuk mencari 'kecocokan', mereka mula kenal-mengenal. Surat-surat cinta, sms, dan berbagai cara lagi mereka gunakan untuk memastikan adakah si dia itu 'jodohku'?
Kemudian, gejala ini berlaku dengan semakin rancak apabila pelajar-pelajar mula masuk di universiti-universiti. Ramai yang tidak mahu kelepasan dalam 'berusaha' untuk jodoh mereka. Dengan kemudahan IT yang lebih canggih, sms, chatting, e-mail, dan facebook digunakan untuk mencari pasangan idaman mereka. Kemudiannya, ramai yang terjebak dengan gejala 'couple'.
Mereka hangat bercinta.
Namun, menurut apa yang saya lihat sendiri di hadapan mata ramai yang akhirnya 'clash' ataupun istilah lainnya 'break-up'. Yang berkekalan mungkin ada, namun bilangannya tidak banyak. Bahkan, tidak kurang juga mereka yang telah berkali-kali tukar pasangan, namun tetap jodoh mereka tidak diketemukan.
Janji-janji setia di waktu kehangatannya cinta, kebanyakannya hanya tinggal kata-kata yang menyakiti jiwa.
Namun, mengapa semua ini berlaku?
Usaha telah kita letakkan, namun mengapa masih si dia yang bernama jodoh tidak hadir-hadir dalam hidup kita?
Atau apakah selama ini kita silap dalam berusaha?
Jodoh – suatu ketentuan?
Sebelum saya heret permasalahan ini dengan lebih mendalam, suka saya sentuh dasar topik ini yakni perihal jodoh.
Jodoh, adakah ia suatu ketentuan?
"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]
Benar. Jodoh itu merupakan salah satu ketentuan dari Allah.
Malah, bagi orang Islam, meyakini Qadha' dan Qadar yang ditentukanNya merupakan suatu kewajipan. Beriman kepada Qadha' dan Qadar, merupakan salah satu dari rukun iman. Yakni bererti, tidak beriman kepadanya akan membawa kepada iman yang tidak sempurna.
Maka di sini perlu kita lihat bahawa soal jodoh dan pertemuan ini semuanya berada terletak pada ketentuan Allah. Tiada sesuatupun yang akan berlaku, melainkan dengan izinNya.
Berbalik pada persoalan awal kita, maka perlukah kita berusaha untuknya?
Usaha yang sebenarnya
Sudah menjadi sunnatullah (hukum alam, berdasarkan ketetapan Allah), bahawa dalam mendapatkan apa-apa sahaja di dalam dunia ini, kita perlu kepada sesuatu yang kita panggil 'usaha'.
Baik. Bagaimana untuk kita berusaha dalam soal jodoh ini? Adakah sejak sekarang, kita seharusnya sudah mula berusaha mencari?
*disini persoalan teman dalam soal mencari jodoh terjawap dgn penjelasan dari saudara penulis yg menjelaskan:
Dalam persoalan usaha ini, pertamanya, ada baiknya kita ukur kain di badan sendiri dahulu.
Jika dalam masa terdekat kita tahu yang kita belum bersedia untuk melangsungkan pernikahan (atas apa-apa sebab sekalipun), maka 'usaha mencari @ menawan' itu masih tidak perlu.
Masa terdekat itu kita boleh ambil dalam lingkungan setahun.
Ya, tidak perlu. Mengapa?
Kerana apabila kita sudah mula mencari, dalam keadaan diri langsung amat jauh dari persediaan untuk menikah itu sendiri, maka, banyak masalah bakal timbul. Percaya?
Setelah berkenal-kenalan, dan saling meminati mungkin, sudah menjadi lumrah kedua-dua insan itu pasti mahu mengikat diri mereka dengan 'pasangannya itu', dengan suatu ikatan atau perhubungan. Melalui ikatan itu mereka akan rasa saling memiliki dan punya masa depan bersama.
Namun, cuba katakan, apakah masih ada ikatan yang sah (halal) yang dapat ada antara dua orang bukan mahram, selain dari ikatan pernikahan?
Tiada.
Yang ada mungkin persaudaraan dalam Islam. Dan, itu tidak mengubah apa-apa, kerana ia tidak pula menghalalkan mereka untuk saling berhubungan.
Lalu, akhirnya kita dapat melihat ramai di antara mereka yang ber'couple' dan mengadakan janji setia untuk mengikat perhubungan mereka.
Dan tempoh masa yang masih panjang (dari masa pernikahan) tadi akan menarik mereka untuk membuat perkara-perkara lain pula. Zina hati jangan di cerita. Zina tangan (persentuhan) dan zina-zina lain juga dengan mudah dapat dilakukan apabila diri sudah tidak mampu lagi menahan syahwat.
"Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia." - [HR Bukhari dan Muslim]
Malah akhirnya, berdasarkan pemerhatian saya sendiri, tidak ramai di antara mereka yang dapat mempertahankan hubungan mereka. Perpisahan terjadi.
Itulah hasilnya apabila perhubungan yang diadakan hanya dilandaskan atas suka sama suka, tetapi tidak hadir bersamanya tanggungjawab. Dan kesilapan kita juga, yang kadang meletakkan ketepi kuasa Allah dalam persoalan jodoh. Na'udzubillahimindzalik.
Dan wahai hati-hati yang suci.. Jikalaupun ikatan yang dibina itu mampu berkekalan sekalipun, namun, apakah yang masih kita mahu berharap padaNya, jika usaha yang diletakkan pun tidak menepati kehendak syarak atau lebih jelasnya, bertentangan dengan kehendak Allah?
Justeru, di sini suka saya tekankan sekali lagi.
Jika kita tahu bahawa kita belum lagi merancang untuk memasuki gerbang pernikahan dalam tempoh terdekat ini, justeru, tidak perlulah pada usaha 'mencari jodoh'.
 Dikhuatiri, usaha itu hanya bakal mengundang perkara buruk kepada rumah tangga kita kelak.
Jodoh itu dalam ketentuanNya, maka, jika kita mahu berusaha pun, mengapa kita perlu mengambil usaha-usaha yang tidak Dia suka? Bukankah akhirnya, Dia juga yang menentukan segala?
Jika sudah mampu
Seperti yang saya katakan bagi mereka yang sudah merancang untuk melakukan pernikahan dalam masa terdekat, tidak salah untuk mereka mula 'berusaha untuk mencari' bakal pasangan mereka. Dan semestinya dalam tempoh ini, batas-batas pergaulan tetap perlu dijaga.
Sebaik-baiknya, kita ikuti sunnah. Baik di pihak lelaki maupun perempuan. Yakni jika sudah ada yang berkenan, gunakan orang tengah untuk mengenali latar belakang mereka, dan juga memanjangkan hasrat.
Dan jika merasakan tempoh untuk berkenal-kenalan itu diperlukan, maka ambillah jalan untuk bertunang. Walau tetap, ia tidak menghalalkan apa-apa, namun ia adalah ruang terbaik untuk mereka saling berkenal-kenalan sebelum bernikah.
Usaha yang perlu digerakkan - Men'jadi' & Mempersiapkan diri
Ok. Kalau kita ini agak-agaknya lambat lagi mahu bernikah, maka adakah ini bererti kita tidak perlu berusaha apa-apa?
Tidak juga sebenarnya. Usaha itu masih tetap ada.. tetapi dalam bentuk lain la.
Usaha yang perlu kita letakkan itu adalah lebih kepada 'Menjadi" daripada 'Mencari'.
Ya. Kita pasti mahukan mereka yang soleh/ah untuk menjadi pasangan kita. Itu telah menjadi lumrah. Oleh itu, dalam kita mahu mendapatkan yang soleh, kita perlu Jadi soleh terlebih dahulu. kan?
Iya. Kerana sesungguhnya, Allah akan menyediakan pasangan buat kita, sesuai dengan tahap keimanan diri kita juga.
Sebagaimana firmanNya dalam surah An-Nur, ayat ke-26,
"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." - [Surah An-Nur, 24: 26]
Makanya, mahukan pasangan yang baik, usahanya, menjadi baik terlebih dahulu. Ini lebih utama. 
Allah yang menetapkan jodoh kita, maka kita perlu yakin, inilah cara yang sebaik-baiknya.

jadi apa pendapat anda?
note : dlm hal ni terpulang pda hati dan perasaan masing2x..samada sanggup atau tidak,bg teman..kalau mahukan sesuatu yg bernilai,berharga,yg kita sendiri akan slalu menghargainya dan plg penting bkn senang utk dpt..mestilah jiwa juga harus bkn senang utk tewas dlm bersabar mencapai apa yg diingini itu....
senang ckp...nk pndai kena blajar...nk kaya kena usaha....dan sudah tentu nk jodoh soleh/solehah, kena byk bersabar dlm penantian.....

Wednesday, March 9, 2011

alkisah pak malang


 hari ini 9hb march 2011 adalah hari yg tsgt malang bg ku...xpun lebeh tepat
malang berganda2x!
kisahnyer bermula awal pagi....dlm kul 1...ak bgn tido sbb sblum tu bru abis lab food product.wat croissant, tp tak menjdik plak kali ni..gne yis yg dh expired agaknye..so after bgn..cm bese wat kopi utk wat peneman...konon nk kasi berjaga lah sbb ak kene anta lab report analisis esok...lab report ini mmg sgt2x pntg...effect kt final if u cannot submit it on time..
alih2x....
ak bantai tertido setelah 3 minit meneguk sang kopi yg kononnya leh memberi kesegaran..
damn it!
sedar2x jer dh kul 7...mati ak..kelas full ariini..biler nyer nk wat report
tp xpe dlm kelas leh curi2x wat...sib baik posisi ak duk lectr xnmpk....
tp akhrnya tak smpt gak..ak sedapkn ati " insyallah time lab IA satg leh siap kot...
then kisah malang kedua bermula lgi...time turun tangga nk ke lab.tgh dok ralat berpikir gane nk carik alasan tak anta report.
tetibe
gedebukk!!!!
amik kau cantik punye tersungkur bin gelonsor kt tangga IOS nun
makk aihh!!..sakit yg teramat2x sgt...sungguh ak ak xmuhung...terpeleot ke ape ntah kaki ak ni...then terduduk sat kt tangga tu, lama jgk lah nk kasi reda skit sakit kt kaki ni..
tp yg besnyer...
wlaupn ade 4 5 org lalu blakang ak n lalu lalang dpn ak(stdnt n pensyarah pn ade..sbb ak perasan kaler name tag dia)....tp xde sorang pun nk tlg even plg tidak pun nk tnye 
" bro! ko ok ke" 
"boleh jln x nie? 
xde2x...smua tu takde
wlaupn ngn buku dlm beg ak berterabor .....sendirik kutip lah!
.btuah btul la diorg ni....yg ak nmpk smua just pandang n beredar ngn hal masing2x..
tp no hal lah..mungkn sbb ak ni lelaki.
jdi xpayah sgt lah nk tlg ke ape ke
kalo pmpuan yg jatuh..insyallah probabliliti utk ditolong tu ade lah kut..tp tak sure jgk...
mentaliti masyarakt skrg bkn leh harap sgt.
balik pd kisah jth tdi...ak gagahkn jugak gi lab...sib baik lab pun dh nk dkt..berdengkot2x lah nk ke sane.
dan kisah malang berterusan lgi..
arini ak kene wat NMR..salah satu lab yg plg leceh nk wat..
 time ni plak dgn hujan yg lebat ngn guruh lgi..
Dummm!!! 
skali kilat...abis putus lektrik
ahh sudah!!...kene ulang blik lab...xpe ni ok lgi...skali dh smpai pertenghn lab kilat mai lgi!
tensen ak...ulang blik dari mula....sggh terpikir time ni
kenapa la sgt xbernasib baik ak hari ni?
pelik2x..
dah la sblum tu ak curik2x kuar nk gi pusat kesihatan uitm..risau gak sal kaki..makin bengkak
skali rmai lak org..patah blik je aku pastu..
memandangkn kaki pun dh btmbh bengkak ngn lab tak tentu leh siap..
ak pun decide utk cancel gi dinner anak2x perak bersama Dato Tnc uitm kt De palma hotel...
dah takde rezeki..wat gane...
sabor je lah....
for sure...
kene tanam dalam hati ape je yg berlaku,baik buruknya.
smua ni tu ad hikmahnya...

mngkin ade sumthing Allah swt nk tnjuk kan ppd ak tp ak tak tahu
tp yg penting ak blaja sesuatu hari ini
-jgn buat kerja last minute-
itu lah saje coretan moretan ak kali ni..slalu asyik anta post2x motivasi...bosan gak..
skali skala nk gak luah perasaan..
haha
k la
wassalam



p/s: sape tau urut kaki?....ak nk upah korang nie......haha.

Saturday, March 5, 2011

berniagalah seperti mencari keredhaan

“Elakkanlah daripada terlalu banyak bersumpah ketika menjalankan urusan perniagaan kerana ia dapat menarik pelanggan dengan mudah tetapi menghapuskan keberkatan.” Rasulullah menjalankan perniagaan dengan penuh kejujuran, amanah serta ikhlas sehingga baginda mampu memperdagangkan barang-barang Khadijah dengan mendapat keuntungan yang lebih banyak daripada apa yang diperolehi oleh orang lain sebelumnya.


Sabda Rasulullah s. a. w. Bermaksud: “Sesungguhnya jual beli itu hanya sah dengan cara redha meredhai (suka sama suka)

Tuesday, March 1, 2011

alkisah diri sendiri

hari ini terdetik nk bercakap soal diri sendiri
selalu kalau timbul any problem
benda first yg teman ingt
menyalahkan sesuatu @ org lain
padahal mungkin diri sendiri yg punya pnyebab 
-
jadi
untuk peringatan bersama
ingatlah 
-
"masalah yang paling berat untuk ditangani ialah diri sendiri
sama ada untuk menjayakan atau mengagalkan sesuatu adalah diri sendiri
yakin atau tidak yakin adalah diri sendiri.
cara pembawaan yang baik atau tidak juga adalah diri sendiri
kenalilah diri sendiri yang cukup kompleks ini"



MUHASABAH DIRI
mesej moral untuk DIRI SENDIRI dan masyarakat





motif gambar : ada yg tersirat disebaliknya....pndai2x lah mengkeme2x smua "mensuratkan" mksd gmbar ini...:)