Monday, February 28, 2011

alkisah pelaris dlm makanan

Mengesan pelaris atau sihir dalam makanan & minuman

assalamualaikum wahai sahabat2x teman yg dikasihi sekalian
harini teman tergerak hati utk berkongsi perihal pelaris dalam makanan&minuman yg sering diperkatakan org skrg.sebelum itu teman creditkan entry ni pada 
rajabunian.blogspot.com
ssb teman ambil dari entry beliau utk post kali ini




ramai persoalakan yg sering teman dgr dari rakan2x ttg mcm mane nk elak dari termkn makanan yg ade pelaris ni dan kalau teringin sgt ,boleh tak mkn?tujuan teman berkongsi amalan in bukan utk memburukkan kedai kedai yg disyaki mempunyai pelaris,ttp sebagai hamba Allah & umat Rasulullah saw,setiap gerak geri,tutur kata dan makan minum haruslah sentiasa dijaga.
jadi disini teman ingin kongsikan bersama-sama amalan sebelum ke kedai makan atau satu majlis keramaian untuk kita mengelakkan termakan bahan yang dicampurkan pelaris & racun (Nauzubilla).




sebelum keluar dari rumah/hostel

Fatihah

Ayatul Qursi 1x

Quraish 1x


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1. kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
2. (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),
3. maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Yang Menguasai Rumah (Kaabah) ini,
4. Tuhan Yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.

Al-Ikhlas 3x

Ayat penggerak 3x


keluar dari rumah/hostel dgn melangkah kaki kanan sambil membaca doa keluar rumah
 (Bismillahi Tawakkal....Azim)
semasa sampai ke tempat majlis/keramaian


Quraish 1x

InnALLAHa Qawiyun Aziz 3x

Ayat pengerak 3x


masuk dgn kaki kanan ke dalam kedai/majlis
jika ada petanda seperti loya,pening dsb, itu adalah petanda yg tempat tersebut mempunyai pelaris, mengikut pengalaman org2x berpengalaman, jika ada sihir di dalam makanan,pinggan atau cawan akan pecah
cuba amalkan utk kesejhteraan bersama
insyallah 
Allah swt berserta dgn kita yg sentiasa ingt padaNya
wallahualam





Sunday, February 27, 2011

alkisah kempen

kali ni nk cite pasal pilihanraya utk JPP uitm s.alam...last week kisah ni tp dis week bru dpt tulis kisahnyer..alkmaklum lah bkn leh post sumthing ttg JPP ni ..nnt kene blacklist teman ak nnt
actually kawan teman,muhamad hazlami bertanding utk JPP kali ni. so teman di syor utk menjadi CM beliau 
oh CM ni mksdnye "campaign manager".jadi kami bermula kempen malam sabtu tu sbb jumaat ptg tu bru dicnfrmkan calon yg bertanding...
aktiviti mlm pun dimulakan


org kuale
khuzainal
abe syl berbaju oren
tu dia calon turun padang(yg bj kaler merah)
haa
ni time dah start tensen dok menampal+ rebut tmpt ngn org...
 lagi
 dan lagi
yess my name
haha

bes jugak join kempen2x ni....tambah lak time tampal poster.berebut2x ngn org len carik tmpt strategik nk gantung poster masing2x...
satu experience bru bg ak.first time terlibat mende2x gini
-
-
ohh lupe nk habaq..kwn ak kalah dlm pilihanraya ni
tp oklah..even poster pun tak byk..dia kalah tipis jer ngn calon lain yg meriah bagai ngn poster merata tmpt



Thursday, February 24, 2011

alkisah realiti

assalamualaikum wbt teman ucapkan pada rakan2x sekalian
lepas subuh tadi, tiba2x teman terfikir pd sesuatu,ditmbah pula terbaca blog seorng ustaz ini buat hati rasa terdetik mahu menulis.
kali ni teman nk post sumthing yg slalu teman atau mungkin rakan2x terfikir dan mempersoalkan keharusan sesuatu itu berlaku..
iaitu
-soal takdir-

percaya atau tidak,
dlm sepanjang kehidupn kita stakat ini, pasti pernah kita mempersoalkan 
"kenapa takdir aku begini?
sebagai contoh, kenapa aku dpt tawaran progrm ni,sedangkan aku mendambakn progm lain, mengapa mak ayah ak tak kaya mcm org lain? kenapa ak tak hensem/cantik? kenapa ak dpt kerja ini?kenapa ak tak menang prtandingn tu? dan contoh paling dekat dgn teman,"kenapa abg kandung pergi meninggalkan aku dan keluarga pada waktu yg terlalu awal"?
kenapa smua ini berlaku?
bila masalah melanda, kita akan rasakan kitalah yg paling menderita berbnding dgn org lain,dan akan terdetik dihati rasa tidak rela dgn ketentuan yg Allah swt takdirkan
mengapa?
dlm waktu ini,
kita kena berbalik pada satu punca kepada segala yg berlaku
kerana benarnya,segala masalah,ujian dan cabaran dlm hidup itu sgt berkaitan dgn iman
ya soal iman!
mengapa dikaitkn dgn iman?
ini kerana iman itu sendiri masih belum mantap,keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah swt
jika disempurnakan ketiga tiga faktor tu,insyallah, barulah seorang hamba itu mampu utk melihat didlm musibah dan dugaan yg ditakdirkan,terkandung bait2x hikmah yg indah tersembunyi dan dgn hanya itu,teman atau rakan2x sekalian akan merasa senang dan  bahagia dlm menghadapi sebarang ujian/dugaan dlm kehidupan ini.
ingatlah,Allah takkan berikan sesuatu yg tak mampu utk ditanggung oleh hambanya.


yakinilah dlm hati dgn berkata
"inilah hakikat hidup yg dipilih Allah swt utkku, aku akan terus berbaik sangka kpd Allah swt...Dia akan mengubat,melapang dan memberi kemennangn disebalik ujian ini, Ya aku tidak tahu, krn ilmuku sgt terbatas. tetapi krn Allah swt yg Maha Penyayang telah memilih ujian in utkku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. yg pahit ini akn menjadi ubat,yang pedih ini akn menjadi penawar".
Ya Allah! 
"tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu ini
hanya kepada-Mu hamba mu ini memohon"
-
-
amin




Tuesday, February 22, 2011

alkisah fuut - part 2

assalamualaikum wbt 
kali ini teman nk kisahkan soal tempat makan yg teman and kawn2x gi serbu 
name tempat tu flaming "STEAMBOAT"..
yaa kali ni kami nk try makan steamboat lak..asyik dok pi mapley ngn masakan indon/thai ja...
actually tmpt ni ak pun bru tahu,,...area sunway, betul2x sebelah kiri sunway pyramid kalo anda dari s.alam lah.
tmpt ni...
promosi dia lebih kurang cmni


adult : RM23.80+
children : RM 9.90+
and children 3 years lod and below : free!! 
and free ice cream, dessert,fresh fruit,biscuits,marshmallow
and many more....


after mengharungi waktu kuliah yg amat capek ,starting kul 12 until 7 mlm
teman n kwn2x pun deside nk gi layan steamboat..memanjakan dirilah kiranya(padahal memanjakn perut ja)
so ni lah antara alkisah di flaming steamboat,sunway branch




yg ni mmg harus ada,kalo xda mmg tak sah.



antara juadah pembuka selera sementara menanti steamboat 


abg que tekun menilik dan mencampurkan segala mcm seafood



dan waktu yg dnanti2xkan telah tiba...



serbu lah bang...tggu apa lgi


pengakhirannya..
seperti yg dijangkakan

huh sungguh tak terkata nikmatnya....syukur atas nikmat Mu ya Allah..
overall mmg bes steamboat kt sini berbanding steamboat2x yg penah ak pegi,soal halal,teman boleh jamin sbb dah check kt JAKIM n restoran ini mmg diiktiraf halal oleh JAKIM 
 in term of price,wlaupn agak mahal bg setengah org..tp sgt2x berbaloi bg ak
tp dgn satu syarat!!..

'make sure dtg time betul2x lapor jer!'

jgn nk wat gatai bin baziaq dtg time kenyang ke xde selera ke etc.
sbb sgt2x rugi lah anda nnt.....


utk sebarang maklumat lanjut teman letakkn link utk flaming steamboat
kt sini ade jgk info ttg status halal restoran ini
okeh 
sekian saja alkisah fuut kali ini
pd yg suka mencuba tmpt mkn baru...tmpt ni leh masuk dlm list pilhan anda.
wasalam

Friday, February 18, 2011

alkisah org baru

salam temen2x ku 
arini just mahu kongsi alkisah penghuni baru umah v2-24 komersil ni....
hosmate teman yg bname nik tetibe bawak blik 2 ekor kucing ...nk wat peneman katenye...
so ni gambaq dua ekor kucing bliau yg bertuah bin bruntung ni....
-
-
-
-
-

yg hok tompok oren-itam ni name dia 
Ayu Raudhah...
sbb apa dpt nama tu
tanya tuan dia...


yg ni plak Zaquan....

walaupn ayu raudah dan zaquan versi org dh kawin
tp depa dua ni masih berperang dgn perasaan..
zaquan tak brapa nk suka kt ayu raudhah
sbb dia minat kt sekor lgi kucing
nama kucing tu plak 
tiz zaqiah..
smua name nk artis......nk "glamores" le katekan ..haha
tp gambaq tiz zaqiah ak xdpt nk snap sbb hosmate ak dh bwk blik umah dia
so itu lah saja yg mahu dikongsi utk kali ni..
pada yg suka kt kucing.
teruskan kesukaan anda..kerna kucing ni leh wat ilang tensen bile tgk gelagat diorg
haha

Wednesday, February 16, 2011

mencari ketenangan hati


(from gene-rasa.com)

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.
Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
  • Dimensi kata, rasa dan tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.
Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.
Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!  
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
  • Rasa kehambaan.
  • Rasa bertuhan.
  • Memahami maksud takdir.
  • Mendapat hikmah di sebalik ujian.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
  • Rasa kehambaan.
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:
“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.
Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.
Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156
Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.
  • Rasa bertuhan.
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.
Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”
Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah:
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.
Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.
Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.
  • Memahami maksud takdir Allah.
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”
Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.
Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:




Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”
  • Mendapat hikmah bila diuji.
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.
Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!

Monday, February 14, 2011

salam ulang tahun Abg Ramat...

assalamualaikum....
ohh takku sangka ak berblog juga walaupn dis week padat dgn segala mcm test n lab report harus disiapkan, tp atas rasa rindu pada sesorang,dan rasa penghormatan padanya,ak ketepikan smua rasa sibuk itu
kerana
hari ini ialah hari yg amat istimewa....bkn Valentime day yg menyesatkan itu..
tp hari ini ialah

ulang tahun kelahiran 
yg ke 30
buat satu2xnya abg kandung ku....
"Rahmat Abas B Zainal Abidin"

tak sangka masa cepat sggh berlalu, diam tak diam abg mat(pgglan ak utknya) dan pun menginjak ke alam 30-an, hehe kene jaga kesihatan ni abg mat..bkn leh bantai ikut sedap makan, time kita muda2x dulu mkn supper kt kedai makan kwn lam, firdaus dpn hospital tu tiap2x mlm pun xpe lgi....,syukur skrg anak anak buah pun dh makin besar...tp bertuah abg mat, dpt pekerjaan yg mantap, isteri solehah,anak2x pun comel, sangat lengkap kisah hidupmu...
jeles sgguh lam ngn abg mat..lam ni ha masih lg dok terkial2x dlm mencari arah tuju hidup.tp abg mat dah ade smuanya....jadi jgn le kedekut ilmu tu naa..
kene mintak tunjuk ajar nie...haha


gambar raya tahun 1989
from left:
mior haslem(cousin),aslam,along(sis),k.yang(sis),abg mat,abg mel(cousin)

tp sayangnya 
-
-
-
-
itu smua hanya sekadar ilusi yg singgah dan bermain dimindaku dan juga
dari kerinduan seorang adik pada abgnya.
tanggal 15hb feb 1999,
 jam 7.30mlm 
abg mat pergi meninggalkan kami


antara memori terakhir kami dgn beliau

akhir kata dari ku
abg mat...
"salam ulang tahun kelahiran yg ke 30"
ku ucapkan 
smoga roh mu ditempatkan bersama sama dgn para syuhada dan solehin 
amin Ya Rabb




"Allahyarham Rahmat Abas B Zainal Abidin"
(1981-1999)
Alfatihah


dari adikmu yg sentiasa merindui 
5.20am-15/2/11

Saturday, February 12, 2011

Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar





sempena maulidur rasul yg akn hadir tak lama lgi dan juga bagi menghindari diri dari terjebak dgn sambutan hari kekasih yg terang2xan kita tahu ianya hari memperingati paderi valentine..
sama2x kita hayati kasih sayang Rasulullah saw pada umatnya yg makin lama makin jauh dari syariat hidup yg Baginda terapkan pada kita...

Friday, February 11, 2011

4 dalam 5

haaa apekah tajuk ku kali ni ade kaitan ngn angka?...haa xda apa..cuma nk peringat kt diri next week lah minggu yg plg tough penah dilalui..tak pnah lgi sejak masuk uitm tiap2x ari leh ade test...tu pun nasib baik ade sehari free.. kalo complete 5 mmg masak ak next week...(padahal smpt lgi nk update blog)haha...
tp mmg adat lah..makin meningkat tahap blaja anda..makin sukar bin payoh lah jwbnye...jadik sbgai nasihat utk diri dan kpd yg lain2x....pertahankan lah jiwa agar boleh adapt dgn situasi mcm ini.....


-inilah keadaan level 3 PTAR 1,tp skrg dh ubah sket..meja smua kt dinding -

balik pd kisah tdi...so next week mmg takde harapan nk buka laptop n online bagai...n kene dok libry utk menelaah..kalo dok bilik abis lah...musnah stdy angkara tido dan games..haha
jadik salam kejauhan ku ucapkan utk kome smua n tak lupa jgk pd 2 follower ku....haha sket gile
moga next time dpt update blog lgi 
dan 
insyallah ak dlm proses nk post sumthing iaitu "alkisah sabran"
sape sabran?
mike/kome tggu je lah nnt..
wassalam

Tuesday, February 8, 2011

kisah fuutt part 1

hari ni nk kisahkan fuut yg emangnya smua org suka...iya sape yg tak suke tu mmg nk kena katuk pala dia...haha
tp mlm ni ak nk cerita kisah pencarian ku utk makan mlm...
begini kisahnya;;;;;;;;
pas isyak ngan yakinnye ak gi giant ngn hosmate ku....alah dkt jer..trun tangga umah tak smpai 15 langkah dh smpai pntu giant..haaa dekat tak dkt nk habq hg...dugaan kian mengancam pd sape yg suka beli mkanan...tp nsib jiwa ak masih leh tahan dari melabur tiap2x ari kt giant ni..
balik pd cite...ktrg pun gi lah mencari brg2x nk masak,...hosmate ak carik brg dia..dan ak pun carik lah ape yg patot nk buh dlm sardin......hehe sardin jer...hgpa ingt nk masak pa? masak lemak ke?...mntk maap ler..ak kalo bab2x masak tradisional lagi klasik ni mmg tak penah lulus....tp pelik nya kalo western tu cepat jer khatam...
tp elok gak..at least leh suh bini ak masak nnt....haha
so dah beli smua brg..pegi lah kat kaunter nk bayar...
setel smua, ktrg pun blik lah..nasib baik pintu belakang giant ni buka lgi..kalo tak jauh ak nk menapak ikut pintu dpn...
so sesampainye di rumah..kami pun terus siap2x nk masak..potong bawang, ubi, cili n segala bagai yg leh campak dlm sardin nnt..
then tetibe hosmate ak jeling kt ak n tanye...

"lam....sardin mane?
uiikkk...adehh...
ak lupaa lak  nk beli tadi habaq hg!!!!
haha tensen2x...pastu masing 2x malas nk gi turun bawah blik...so akhrnya 





ini lah makanan kami utk mlm ini
megi ayam bersosej italian style...
jadik lah wat alas perut smbil smbung wat report.
sekian utk kisah fuut ini kali
lain hari kita cerita lagik.
wassalam

Monday, February 7, 2011

nilai sekeping gambar

salam dari teman
apa kaber sahabat2x diluar sana?hope smuanya berada dlm keadaan aman dan tenteram dgn tugasan masing2x,utk kerepekan kali ini. ak just nk share ngn kamu smua ttg nilai sekeping gambar.
utk pertama kalinya ak post sumthing yg related ngn apa yg ak minat skrg nie---
-seni fotografi-
xtau lah cmne minat tu boleh datang tp inilah hobi yg mmg ak suka buat dari dulu lgi, tp hanya setahun yg dulu minat utk mencuba tu tiba tiba jer membuak2x..melambai2x memanggilku...haha alhamdulillah bermula dgn hanya kamera kompak nikon P60, mcm2x ak snap, pokok,org,langit, landskap, even lopak air pun ak snap gak.. disebabkn minat sgt. smpaikn ade mulut2x berbaur meruntuhkn semangat muncul cthnya " cehh mengalahkn org yg ade slr, compactcam jer bro" yg bile nmpk ak snap cmtu. tp ape ak kisah?perlu ke kisah yg mengisahkan minat ak nie?ini kisah ak.jdik biarlah ak yg perlu kisah pd alkisah ini...haha just do it what people thinks u cannot do it..sabar je lah walaup keinginan utk miliki slr sendiri tu berkobar2x djiwa ni...
tp syukurlah..akhrnya hasil titik peluhku menebalkan muka bersungguh2x tlg ayah ak jaga kolam ikan smpaikan dia pelik n perli kut2x ade lah niat disebalik ni(mmg pn..hoho tp ikhlas ad jgk), at last dpt jgk dslr sendiri d3000.wlaupun just beginner-type..tp tu pun dh cukup bererti dh bg ak bila gamba ak terpilih sebagai 1st prize winner dlm satu contest ni...tak disangka2x..dah la anta sgt2x last minute..terus dpt no satu..agaknya ni lah yg org ckp, " kalau dah rezeki ,xkemana".....so dgn duit tu ak blanja lah kwn2x n family ak yg support hobi ak ni n selebihnya ak simpan utk masa dpn....
haha yelah..
kene ingt future gak...kate nk berkluarga..haha...berbalik pd rezeki yg ak dpt tu,muncul lah seorng hamba Allah ni ,after contest tu dia dtg kt ak offer part time job utk company dia....lagi syukur alhamdullah ak panjatkan pada yg maha Esa atas rezeki yg tak putus2x nie...dah la menang.dpt ofer. n ofer tu pulak dlm area yg ak minat...
-berdakwah menerusi seni fotografi-


ni pic time berkurusus di teluk dalam resort,time solat kt surau ,ternmpk kwn teman ngh bersolat di angle yg sgt santek,ape lgi tros snap..


ni zaman compactcam lg,
title dia lebih kurang "ketika tasbih mencari cinta dari si pemilik"


antara foto yg dpt dihasilkan atas ilham yg diberikan

ak akui yg pengetahuan dlm ilmu agama tidaklah seluas org2x yg blaja agama dan berkelulusan dlm bidang agama..so dgn cara berdakwah menerusi medium fotografi ni lah yg dpt ak gne utk curahkan ilmu dan kesedaran utk umat manusia khususnya bangsa melayu kita....huh bermotivasi lak ak..tp itulah hakikatnya..pernah ak edit satu gambar yg ada tunjuk org sedang bersolat dan mengaji dan disampingnya tetap ade buku2x ilmu dunia, then seorg kwn ku msg yg dia betul2x terpikat n tersedar dari kesilapan dia selama ini yg slalu tinggal solat dan mengaji hanya kerana sibuk belajar, alhamdulilah ak ucapkan, bkn hendak mendabik dada atau bangga dgn pujian diberi ,tp niat ak cuma satu..utk memartabatkan Islam...utk memberitahu pada org yg agama adalah segala2xnya utk berjaya didunia ini.
utk berdakwah
mcm2x cara boleh..tinggal kita pilih jln mana yg sesuai bgi diri kita..mcm ak dh decide ape jln yg ak pilih,....jadi pada anda diluar sana.pilihlah yg terbaik utk anda..ingt pd kata2x ini
-sampaikan lah ilmu walau sebaris ayat-
insyaallah



sekian lah dari ak utk kali ni..mungkin lepas ni jarang dpt update blog dah, masa utk berjihad mencari ilmu dh bermula tambah lgi sem ni sgt2x tough bg ak..
wassalam





kpd hamba Allah yg beralamat onlymezue 
thanx a lot for influenced me to create sumthing that i can share with people out there...:-)
(main tibai ja speaking ni..harap paham la noh..haha)


3.30am----8/1/11


Friday, February 4, 2011

dedikasi pada yg membantu....

 -sekadar coretan semula dari blog yg lama-
(blog aqua)
post ini antara suatu kisah yg amat penting berlaku dlm sejarah hidupku.....
(bacalah kalo xmluat)....haha

assalamualaikum wbt…bertemu kembali den berhadapn dongan laptop yg setio menanti utk ditekan2, diklik sano sini wlaupun den mai baling jo laptop ni pah guno….haha amende loghat nogori ak ntah..sesaje nk try,,tadi ad member dari kole pilah lak call…gelako dgr dia ckp…laju mcm naik jet sambil mkn pengat pisang ,berterabor pengat tu…btw cuti pun dh smpai penghujung…lusa dh dptr kt s.alam….sebut jer s.alam..mcm2 main dlm otak..cmne agakny dok sana..slame ni kalo cntinue stdy  jer kt tmpt2 desa dan terceruk…memule kola pilah,,pahtu arau yg gersang tu..la ni bru dpt smbung kt tgh bandor..ape agaknyer resam hdup kt sane..den pun xpasti..tawakal byk2 hope xde ape prob nnt…haa luper lak nk ckp sal situasi  ak hadapi sblum dpt twran ni…mase kuar result degree,punye lah yakin dpt smbung,,smpai kan sorang kwn baikku anta msg tnya pun ak still xnk tgk result konon2 dh kompom dpt ler..jadik takyah cek awal2 ye dak…sekali hambik ko..ayat dia..” permohonan anda gagal”…..den tak bace abis dh…tros cek berulang kali …stil kuar bnda yg same….huh pastu hdup ni rase cm dh runtuh.xde ape yg tinggl utk ak..smua angan2 ilang cmtu jer…..mmg btul lah org ckp..hdup ni jgn terlalu yakin…..pasti xjadik ape yg diangankan…tp lastly alhamdullah byk2…dpt jgk sambung……..tp ade ketika ak terpikir..ape maknenyer bnd mcm ni jd?(xdpt twaran mase memule)sbb lastly ak dpt jgk kan?….pas pikir balik..renungkan lagi..bru ak perasan…byk hikmahnyer jadi mcm tu…1st yg ak nmpk..ak lebeh dekat ngn Allah…cnth nyer tiap2 ari bgn mlm berdoa dpt smbng..tak ckp ngn itu,,bace yasin tiap mlm,solat jemah setiap wktu…huh kalo xde ape sbb..susah ak nk wat cmtu…bace quran dh mmg bnda yg wat tiap ari..tp yg lain2 tu…mmg payah skit ler bg org muda cm ak ni…kire ak rase ni ler hikmah yg plg utama ak dpt…nikmat mngerjakan amal soleh tu…n satu lagi yg ak nmpk..ak jd lebeh berdikari…sb ape ak kate mcm tu..lepas jer ak tau xdpt smbung blaja,,mcm2 org ak cl pasal rayuan nk smbung,,dari pn rohaiza,,en ahmad smpai ler ketua bah pmgbln pelajr,smua ak redah..tahan jer ati ni biler kene sound ngn diorg..besenye ak ni lemah skit kalo nk berkomunikasi ngn org yg lebeh dewasa,jd ni sbgai trainng utk ak jd berani,n then mcm2x job interview ak mntk..haha mcm tak sabar2 pulak..tp itu ler yg ak buat..sbb tktkkan sgt takde mase dpn nnt,  ngn family pn ak jd lebeh dekat..diorg pun kongsi masalah yg ak hdpi ni..mmg byk hkmah atas ape yg berlaku ni, pahit manis ad,,tp smua tu berbaloi pas ak dpt smbung…thanx a lot to En Ahmad,atas pertlgn anda…
k lah.mungkin smpai ni jer kisah cuti ak. esok nk kene bgn pagi gi dptr awal… bkn pe, tkt tak dpt kolej..hahah….pasni mungkin berjanggut lagi bru update blog ni..time2 cuti bleh lah kan..dh smbung study…payah skit…k to all my frenx…g.luck wif ur study n pndai2 ler korang bwk diri kat tmpt bru…jgn berubah jdik teruk dh ler…
wassalam

reedited ---01:38 am—4/2/2011

raya cina dan"kwn baik"ku punya hal......

salam kuhulur utk yg terbaca blogku yg hanya sekadar kualitinya ini......hari ini 4 feb 2011....maknanya esok lusa dah kena blik ke tempat pencarian ilmuku.....sungguh mmg kejap betoi rasanya cuti nie....
keje plak tak pnah tersiap...cnfrm mst ade jgk asign yg ptt buat kt rumah bwk blik s.alam nnt...masak lah ak next week,dgn dua test for killer subject and 3 lab report....mmg tak takde life nyer...nk wat gane kan..sendirik punya salah...
ckp pasal sendrik punya salah...kamera yg kucintai masih gagal utk menghidupkn diri beliau angkara perbuatan pemiliknya..haiii ni lgi satu hal..tu lah dah tau "dont ever used ur slr even ujan renyai2x pun"...pesan seorg abg otai slr...tp ak dok on gak....haha so tawakal lah agar dpt diteruskan kelangsungan slr pertama ksyagan ku ini...jenuh ak kumpul duit nk beli tue....
bawah ni ak selitkan sedikit gmbr2x yg pernah ak snap mngunakan kwn baik a.k.a slr ku ini...(cewah mcm tribute lak)



ni snap time reunion mahad dipangkor setahun yg dulu


dan ini antara gambar diawal minatku pd fotogenik